Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

183) KOS AIR PERCUMA

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah nilai kewangan yang dikeluarkan KDEB dan kerajaan negeri untuk menampung kos air percuma dari 2008 hingga 2014?

    Dasar pemberian air secara percuma bagi 20 meter padu pertama atau potongan RM11.40 kepada pengguna domestik yang menggunakan meter individu setiap bulan telah dilaksanakan di Negeri Selangor mulai 1 Jun 2008 dan melalui meter pukal (sistem kupon) bagi pangsapuri kos rendah pada Jun 2010. Program ini merupakan salah satu program Kerajaan Negeri Selangor di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor.

    Sehingga 30 Mei 2014 peruntukan yang telah dikeluarkan oleh KDEB dan Kerajaan Negeri bagi membiayai program air percuma adalah seperti berikut:

    TAHUN KDEB KERAJAAN NEGERI JUMLAH
    METER INDIVIDU METER INDIVIDU METER PUKAL
    2008 RM68,674,732.87     RM68,674,732.87
    2009 RM131,468,341.10     RM 131,468,341.10
    2010 RM22,687,591.40 RM113,530,059.10   RM 136,217,650.50
    2011   RM140,738,975.91 RM1,535,619.21 RM 142,274,595.12
    2012   RM146,009,767.29 RM7,048,610.66 RM 153,058,377.95
    2013   RM151,360,585.83 RM6,652,723.53 RM 158,013,309.36
    2014   RM51,870,348.10 RM2,756,129.66 RM 54,626,477.76
    JUMLAH RM222,830,665.37 RM603,509,736.23 RM17,993,083.06 RM844,333,484.66

Lampiran

Tiada Lampiran.