Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

78) KOS OPERASI BAS SMART SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kos terperinci operasi Bas Smart Selangor untuk tahun 2018 dan tahun 2019?

    Pembiayaan kos oleh Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)  bagi perkhidmatan Bas Smart Selangor adalah sebanyak RM800 sebuah bas sehari. Jumlah tersebut merangkumi kos penyewaaan, termasuk urusan pentadbiran seperti gaji pemandu dan sebagainya serta pengoperasian dan penyelenggaraan yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada syarikat operator yang dilantik.

    Selain itu, untuk makluman Yang Berhormat, jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk perkhidmatan Bas Smart Selangor bagi tempoh 2018 dan tahun 2019 adalah seperti berikut:

     

    Bil. Peruntukan Tahun 2018 Tahun 2019
    1. Kerajaan Negeri RM17,859,306.00 RM18,145,717.20

    (data sehingga Jun 2019)

    2. Pihak Berkuasa Tempatan RM8,302,652.00 RM10,111,420.00
    Jumlah RM26,161,958.00 RM28,257137.20

Lampiran

Tiada Lampiran.