Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

131) KOS PENYELENGGARAAN DAN PEMBINAAN JALAN DI BAWAH PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan semua kerja serta kos (sama ada binaan atu kos penyelenggaraan) di bawah peruntukan pembangunan luar bandar di kawasan DUN Taman Templer sejak 2013-2018.

    Bagi tahun 2013, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM285,072.20 bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembinaan jalan di bawah Pembangunan Luar Bandar di DUN Taman Templer manakala bagi tahun 2014, sebanyak RM93,934.44 telah diluluskan bagi tujuan tersebut.  Bagi tahun 2015 pula, jumlah peruntukan yang diluluskan adalah sebanyak RM286,681.00 dan seterusnya pada tahun 2016, Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan sebanyak RM165,442.98. Manakala bagi tahun 2017 dan 2018, Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak RM523,324.67 dan RM243,870.00 bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembinaan jalan luar bandar untuk DUN Taman Templer.

    Jumlah keseluruhan yang diperuntukkan untuk tujuan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembinaan jalan luar bandar untuk DUN Taman Templer mulai tahun 2013 sehingga 2018 adalah sebanyak RM1,522,272.29.

    Peruntukan yang diluluskan adalah termasuk peruntukan MARRIS dan Peruntukan Infra (Penyelenggaraan Jalan Kampung/ Naiktaraf/ Baik pulih Jalan Luar Bandar).

    Berikut adalah senarai penuh projek dan peruntukan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembinaan jalan di bawah Pembangunan Luar Bandar. Sebanyak 22 bilangan projek telah dilaksanakan sejak 2013 dan senarai projek-projek tersebut akan diberikan secara bertulis kepada YB Taman Templer.

Lampiran

Tiada Lampiran.