Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

153) KOS PENYELENGGARAAN KERETA-KERETA RASMI EXCO

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Baru-baru ini masalah kos penyelenggaraan kereta-kereta rasmi exco telah dibangkitkan. Kos penyelenggaraan untuk kereta-kereta EXCO adalah terlalu mahal. Sila senaraikan nama syarikat-syarikat bengkel kereta yang berkenaan serta butirbutirnya secara terperinci.

    Kerajaan Negeri telah memilih 10 Syarikat dan kos penyelenggaraan kereta rasmi EXCO (Y.A.B. Dato’ Menteri Besar, Y.B. Setiausaha Kerajaan, Y.B. Pegawai UndangUndang dan Y.B .Pegawai Kewangan Negeri) adalah seperti berikut:

     

    Bil Nama Syarikat Jumlah (RM)
    1. Data Mewah Sdn Bhd 7,124.00
    2. Kia Protee Services Sdn. Bhd. 7,841.00
    3. Metro Vellay Autitech Sdn. Bhd 26,796.00
    4. Free Will Auto Sdn. Bhd 2,110.00
    5. Massaga Auto Services Sdn Bhd. 34,818.04
    6. Bengkel Kereta Sahar 25,842.25
    7. Syarikat Perkhidmatan Shah Jaya 1,119.00
    8. Zaan Maju Enterprise 246.00
    9. E D Tayar dan Bateri Sdn Bhd 10,427.00
    10. Syarikat Tayar Soon Leong 3,622.00
      Jumlah Keseluruhan : 119,945.29

Lampiran

Tiada Lampiran.