Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

141) KOS PENYELENGGARAN KEDIAMAN RASMI EXCO SELANGOR DI SEKSYEN 7 SHAH ALAM SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila menyatakan kos dan butir-butir penyelenggaraan untuk 10 unit kediaman rasmi EXCO Selangor dan juga Kompleks Dewan di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor pada Tahun 2015 dan Tahun 2016

    Jumlah kos dan butir-butir penyelenggaraan untuk sepuluh (10) unit Kediaman Rasmi EXCO Selangor di Seksyen 7 (Shah Alam, Selangor) pada tahun 2015 dan tahun 2016 ialah RM384,592.70 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Lapan Puluh Empat Ribu, Lima Ratus Sembilan Puluh Dua dan Sen Tujuh Puluh Sahaja)

    Data kos penyelenggaraan mengikut tahun 2015 dan 2016 adalah seperti berikut:

    KOS PENYELENGGARAAN DI KOMPLEKS KEDIAMAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR (EXCO) DARI TAHUN 2015 HINGGA 2016

    BIL TAHUN JUMLAH HARGA KONTRAK KERJA JUMLAH INDEN JUMLAH
    1. 2015 RM81,999.00 RM27,400.00 RM109,399.00
    2. 2016 RM154,812.70 RM120,381.00 RM275,193.70
            RM384,592.70

     

Lampiran

Tiada Lampiran.