Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

198) KOS SARA HIDUP TINGGI

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menangani dan mengurangkan beban kos sara hidup yang terpaksa dipikul rakyat?

    Kerajaan Negeri Selangor merupakan suatu pentadbiran yang bertanggungjawab, a responsible government. Impian rakyat Malaysia adalah untuk melihat Kerajaan berjaya membela nasib rakyat.

    Belajawan tahun 2019 memperkenalkan Penjajaran Semula Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang mana berkongsi kemakmuran bukan bererti menyamaratakan nikmat dan hasil yang diperolehi tetapi haruslah memastikan agihan sampai ke sasaran yang layak. Keadilan bukan sekadar melaksanakan populist policies tetapi membantu mereka yang selayaknya.

    Buat masa ini semua Program IPR dijajarkan bagi meneruskan pemberian bantuan Kerajaan Negeri secara lebih holistik yang tidak hanya menyajikan pemberian bantuan kebajikan dan simpati semata-mata tetapi memberi daya melalui pemerkasaan kepada penerima manfaat IPR Selangor yang memberi fokus kepada golongan B40.

    Penjajaran Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) mengambil kira dan bertumpu kepada perkara yang berikut :

    • i) Penekanan konsep daripada pemberian kepada pengupayaan (empowerment);
    • Penekanan kepada program-program kesedaran; dan
    •  Fokus kepada kumpulan sasar yang tepat.

    Selain daripada program IPR, terdapat pelbagai program sedia ada di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang dapat membantu menjana pendapatan rakyat dalam sektor usahawan, pertanian dan juga pendidikan yang boleh dimohon oleh golongan B40 dan M40. Program-program penjanaan pendapatan rakyat ini adalah ditawarkan kepada pemohon yang layak dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh setiap program bantuan tersebut bagi membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup yang dipikul oleh rakyat.

    Pengecualian Fi Lesen Penjaja merupakan salah satu inisiatif yang diberikan kepada peniaga kecil dan penjaja di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi membantu kumpulan tersebut menambah baik ekonomi mereka dan meringankan beban kewangan peniaga-peniaga kecil sekaligus membantu mengurangkan beban mereka sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.