Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

254) KOS YANG TINGGI BAGI PROJEK KECIL MENGGUNAKAN PERUNTUKAN AHLI DEWAN NEGERI

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah kos bagi projek-projek kecil menggunakan peruntukan Ahli Dewan Negeri jauh lebih mahal dari kos sebenar?

    Projek-projek kecil menggunakan peruntukan Ahli Dewan Negeri merupakan projek yang dipohon oleh Ahli Dewan Negeri berkaitan. Spesifikasi dan skop kerja serta cadangan kontraktor disediakan oleh pihak Ahli Dewan Negeri dan pembayaran kepada kontraktor terlibat juga dijelaskan setelah mendapat pengesahan siap kerja oleh Ahli Dewan Negeri yang terlibat. Nilai kerja adalah berpandukan kepada Jadual Kadar Harga Kerja Kejuruteraan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia. Pegawai Daerah selaku Pegawai Pengawal bertanggungjawab memastikan pematuhan kepada tatacara perolehan yang sedang berkuatkuasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.