Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

11) KOSUJA

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah KOSUJA di MPSJ didaftarkan dan apakah matlamat KOSUJA?

    Koperasi Subang Jaya Berhad (KOSUJA) telah ditubuhkan pada 19 April 2001 di bawah
    Akta Koperasi 1993 yang didaftarkan oleh Pendaftar Koperasi Negeri Selangor Bil
    Daftar : B – 3 – 0326.
    Matlamat KOSUJA :-
    Meningkatkan taraf ekonomi kakitangan dengan pemberian kemudahan secara terus
    berbentuk dividen kepada kakitangan selaras dengan peruntukan S13, Akta Kerajaan
    Tempatan 1976 di mana Majlis diberi kuasa untuk menguruskan hal-ehwal perniagaan
    dan pelaburan sendiri dan dengan kewujudan koperasi ini dapat membantu Majlis untuk
    menceburi bidang perniagaan sendiri.

Lampiran

Tiada Lampiran.