Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

130) KOTA KESENIAN DAN WARISAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan lokasi dan status terkini Kota Kesenian dan Warisan Negeri Selangor

    PADAT telah berjaya mengumpulkan jawapan daripada agensi bertanggungjawab dan berikut adalah jawapan yang diberikan. Lokasi Kota Seni terletak di Bandaraya Petaling Jaya dan Bandaraya Shah Alam. Pemilihan Shah Alam dan Petaling Jaya adalah berdasarkan latarbelakang dan landskap sosial serta perkembangan aktiviti kebudayaan dan kesenian sedia ada di kedua bandaraya ini.

    Lokasi Kota Seni di Bandaraya Petaling Jaya adalah dalam kawasan Seksyen 52 yang merangkumi:

    • Dataran Bouleverd.
    • Jalan Tengah (sekitar Menara MBPJ).
    • Jalan Yong Shook Lin (penganjuran acara besar)
    • Taman Rusa.
    • Auditorium Dewan Sivik.
    • Muzium MBPJ.

     

    Lokasi Kota Seni di Bandaraya Shah Alam adalah seperti berikut:

    • Laman Budaya
    • Laman Seni 2
    • Laman Seni 7
    • Muzium Sultan Alam Shah
    • Rumah Bugis
    • Dataran Kemerdekaan Shah Alam
    • SACC Mall (program buskers dan arca seni)
    • Galeri Shah Alam
    • Galeri TAPAK (Seksyen 7)
    • Teater Shah Alam

    Status terkini Kota Seni ialah MBSA dan MBPJ telah menubuhkan jawatankuasa khas Kota Seni Jawatankuasa Kota Seni Shah Alam dan Sekretariat Kota Seni Petaling Jaya) dan kedua-dua jawatankuasa sedang dalam fasa mempelbagaikan program, dan aktiviti kebudayaan dan kesenian serta membangunkan “Pembangunan Fizikal” di kedua-dua Kota Seni iaitu Shah Alam dan Petaling Jaya.

    Pembangunan fizikal di Seksyen 52 merangkumi:

    • Pintu Gerbang Kota Seni.
    • Lukisan Mural di dinding bangunan

    Perancangan pembangunan MBSA untuk tahun (2016-2020)

    • MBSA akan membaikpulih kemudahan dan prasarana seperti baik pulih Laman Budaya dan Laman Seni.
    • MBSA juga akan menyediakan garis panduan hiburan Shah Alam.
    • Mewujudkan Buskers Corner untuk anak muda di Kompleks SACC Mall iaitu program bersama PKNS Prep Events
    • Memperkasa seni taman (arts & parks)
    • Mencirikan seni reka (architecture) dalam binaan bangunan
    • Menubuhkan “Kreatif Hub Shah Alam”
    • Laman Budaya sebagai “pentas seni” untuk semua
    • Merangka program lokaliti/nasional dan pengantarabangsaan
    • Memperkasa penglibatan masyarakat – “strong community involvement

Lampiran

Tiada Lampiran.