Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

217) KRISIS AIR DUN TERATAI

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pelan tindakan Kerajaan Selangor untuk Krisis Air DUN Teratai yang berlaku tahun ini?

    Untuk makluman Yang Berhormat, gangguan bekalan air yang melibatkan DUN Teratai pada tahun ini adalah disebabkan penutupan sementara loji rawatan air (LRA) Sg. Langat pada 7 Oktober 2016 akibat pencemaran bau di lembangan Sungai Semantan,

     

    Air Selangor telah mengaktifkan “Pelan Tindakan Kecemasan” (PTK) dan menggerakkan lori tangki air dan tangki statik serta melaksanakan pelan pemulihan secara berjadual ke kawasan yang terjejas terutamanya di DUN Teratai. PTK hanya ditutup pada 14 Oktober 2016 setelah bekalan air pulih sepenuhnya.

     

    Terdapat beberapa pelan tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang telah ambil seperti :-

     

    • Menaiktarafkan LRA Sg Langat yang telah lama beroperasi secara maksimum, melebihi kapasiti reka bentuk sebanyak 20%. Pengeluaran air semasa adalah 450 Juta Liter Sehari (JLH) berbanding reka bentuk asal sebanyak 386 JLH. Kerja- kerja menaiktarafkan loji sedang giat dijalankan sejak Oktober 2015 dan dijangka siap pada Mac

     

    • Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah mengarahkan Jabatan Alam Sekitar, Pahang untuk menyiasat punca pencemaran bau di Semantan dan memantau lembangan sungai tersebut supaya kejadian pencemaran tidak berulang.

Lampiran

Tiada Lampiran.