Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

111) KRISIS AIR SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah segera Kerajaan Selangor untuk mengatasi kekerapan gangguan air di Semenyih dan kawasan lain di Selangor sebelum siapnya Langat 2?

    Kekerapan gangguan yang berlaku di Negeri Selangor bukanlah semata-mata berpunca dari ketidakcukupan air tetapi ia adalah juga adalah disebabkan :-

     

    • Masalah penurunan paras Kolam Imbangan, Kolam Air dan Kolam Agihan disebabkan permintaan melebihi daripada pengeluaran air bersih
    • Paip pecah dan bocor di Loji Rawatan Air dan Sistem Agihan Bekalan Air
    • Pencemaran air mentah di Loji Rawatan Air
    • Masalah bekalan elektrik (TNB) di Loji Rawatan Air dan Rumah Pam
    • Masalah teknikal seperti masalah peralatan mekanikal dan elektrik di Loji Rawatan Air dan Rumah Pam

     

    Langkah jangka pendek yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan kekerapan gangguan air di semenyih dan kawasan- kawasan lain di Selangor sebelum siapnya Langat 2 adalah merupakan tindakan segera yang memberi impak jangka panjang, antaranya adalah seperti berikut:-

     

    1. Pelaksanaan Projek Mitigasi 2 yang akan disiapkan sepenuhnya pada Disember 2015 yang akan memberikan penambahan pengeluaran dari loji sedia ada sebanyak 300 JLH. Dengan siapnya Projek Mitigasi 2 ini, bekalan air dari Loji Semenyih ke kawasan Petaling melalui Kolam air Bukit Dengkil dan HICOM boleh ditarik balik untuk membekalkan kawasan

     

    1. Melaksanakan projek membaik pulih loji rawatan air Sungai Langat bagi memastikan loji tersebut boleh beroperasi hingga mencapai pengeluaran 500 JLH dengan adanya sistem standby;

     

    • Dengan persetujuan dari Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Kerajaan Negeri akan mendapatkan bekalan air mentah 500 JLH dari Sungai Semantan boleh disalurkan ke Sungai Langat dengan menggunakan fasiliti Penyaluran Air Pahang Selangor yang telah siap sepenuhnya seperti muka sauk, terowong dan rumah pam di Semantan sementara menunggu siapnya Projek Langat 2. Kerajaan Negeri telah menulis kepada Kerajaan Negeri Pahang untuk mendapatkan persetujuan

     

    1. Dengan persetujuan dari Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Kerajaan Negeri akan mendapatkan bekalan air bersih dari Negeri Sembilan sebanyak 65JLH. Kerja-kerja pemasangan paip dari Negeri Sembilan ke Negeri Selangor akan dilaksanakan oleh JBA, Malaysia.

     

    1. Kerajaan Negeri Selangor juga telah melantik perunding untuk membuat kajian terperinci mengenai “Water Resources, Supply, Demand And Distribution Study For Selangor” untuk dijadikan sebagai Master plan atau Blueprint bekalan air. Melalui kajian ini kelak, Kerajaan Negeri boleh mengenal pasti sumber-sumber baru untuk kegunaan masa hadapan. Melalui kajian ini juga, Kerajaan Negeri akan dapat mengenalpasti semua sistem agihan yang sedia ada dan boleh merealisasikan matlamat untuk mengujudkan sistem agihan inter connection di mana melalui inter connection ini, sekiranya berlaku henti tugas mana-mana loji, maka ia tidak menjejaskan pembekalan kepada pengguna sebaliknya pembekalan kepada loji yang henti tugas tadi boleh ditampung oleh loji rawatan air yang lain dan Kerajaan Negeri boleh menyediakan masterplan bekalan air untuk tempoh 50 tahun akan datang;

     

    1. Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti pembinaan loji-loji baru di bahagian selatan negeri Selangor secara fast track untuk digunakan bagi menampung permintaan pengguna menjelang tahun 2017 dengn anggaran kapasiti sebanyak 350 JLH khususnya untuk menampung permintaan kawasan di Selatan Selangor seperti Semenyih dan Kuala Langat . Dengan adanya loji baru ini, bekalan dari Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dapat dikurangkan dari

     

    • Kerajaan Negeri melaksanakan kempen-kempen kesedaran dimulai dengan semua agensi Kerajaan dalam usaha untuk menggunakan air secara jimat dan berhemah dalam usaha untuk menurunkan sekurang- kurangnya 20% penggunaan domestik yang dianggarkan sebanyak 250 liter/orang/hari. Dengan penjimatan ini, dianggarkan sebanyak 880JLH air dapat disimpan menjelang tahun

     

    • Kerajaan Negeri melalui agensi seperti LUAS, Jabatan Alam Sekitar dan Pihak Berkuasa Tempatan berusaha untuk memastikan pencemaran terhadap sumber air mentah dapat dikurangkan kerana pencemaran kepada sumber air mentah sebagaimana yang berlaku kepada Sungai Langat hingga menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih memberi kesan gangguan bekalan air kepada pengguna yang sangat

     

    1. Kerajaan Negeri melalui Air Selangor akan melaksanakan penilaian semula ke atas operasi pengagihan dan loji rawatan air sedia ada bagi memastikan operasi pengagihan dan rawatan air di Negeri Selangor adalah mencapai tahap keberkesanan yang unggul. Kerajaan Negeri mensasarkan penurunan NRW pada kadar 2% setiap tahun dan dalam tempoh 5 tahun kadar NRW dapat diturunkan ke tahap minimum 25% di mana jumlah air yang dapat disimpan dianggarkan sebanyak 1,156

Lampiran

Tiada Lampiran.