Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

143) KRISIS AIR SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengapakah Kerajaan Selangor / Air Selangor Sdn Bhd tidak membenarkan polis atau Jabatan Penguatkuasa PBT untuk menolong supaya lori-lori air tidak dihalang (hijacked) dan dapat sampai ke kawasan perumahan sepertimana yang dijadualkan?

    Dalam pelaksanaan pemulihan bekalan air secara berjadual, iaitu 2 hari ada bekalan air dan 2 hari tiada bekalan air, lori-lori tangki dihantar ke kawasan-kawasan yang berada di tanah tinggi dan di hujung sistem agihan bekalan air yang tiada air bagi tempoh yang lama.

    Di samping itu, pengguna juga boleh berhubung dengan SYABAS untuk meminta bekalan air bantuan melalui telefon atau SMS 15300 dan aplikasi telefon pintar “mySYABAS”.

Lampiran

Tiada Lampiran.