Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

314) KRISIS AIR YANG TIDAK SELESAI DI SEMENYIH

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menggantikan paip-paip usang di Semenyih dan kawasan lain di Selangor yang telah menyebabkan gangguan air yang berterusan sehingga kini

    Air Selangor sedang menyediakan Pelan Perniagaan untuk dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Salah satu cadangan adalah Perbelanjaan Kapital (CAPEX) untuk tempoh 30 tahun di mana antaranya termasuk cadangan perbelanjaan untuk menggantikan paip-paip usang. Bagi tempoh 3 tahun pertama, Air Selangor telah pun mengenal pasti beberapa lokasi yang memerlukan penggantian paip air usang, di antaranya melibatkan beberapa kawasan di Semenyih, iaitu di Bandar Rincing Seksyen 2 dan Seksyen 5.

     

    Sebagai tindakan segera, Air Selangor telah juga mengenal pasti sebanyak 23 lokasi di Selangor dan Kuala Lumpur. Kawasan yang dikenal pasti ini melibatkan rangkaian paip usang sepanjang 140 km dan kos mengganti paip air dianggarkan berjumlah RM112 juta bagi tempoh 2016 sehingga 2017. Kerja-kerja reka bentuk untuk menggantikan paip-paip air usang ini sedang dilaksanakan dan dijangka akan siap menjelang Oktober 2016. Perlaksanaan projek-projek ini akan dilaksanakan sebaik sahaja Pelan Perniagaan Air Selangor diluluskan oleh SPAN.

Lampiran

Tiada Lampiran.