Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

254) Krisis Bekalan Air

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Krisis bekalan air di Selangor sentiasa memberikan kesusahan kepada rakyat. Apakah inisiatif yang telah dirancang supaya masalah ini diselesaikan?

    Air Selangor telah merangka Pelan Perniagaan 30 tahun yang mana ianya telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk kelulusan. Di bawah Pelan Strategik ini, terdapat beberapa Loji Rawatan Air (LRA) baharu yang akan dibina untuk menampung unjuran permintaan bekalan air yang semakin meningkat sehingga tahun 2060. Usaha ini akan meningkatkan tahap ‘reserve margin’ antara 10% hingga 15% pada setiap sistem bekalan air dan wilayah dengan pembinaan loji-loji baharu. Berikut merupakan perancangan LRA-LRA baharu yang akan dibina:

Lampiran

Tiada Lampiran.