Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

128) KRISIS EKONOMI DUNIA

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah persiapan yang sedang dibuat untuk menangani masalah ini?

    Kelembapan ekonomi global dengan persekitaran luaran yang mencabar berikutan krisis hutang yang dialami negara – negara Kesatuan Eropah seperti Greece, Sepanyol, Itali dan Ireland merupakan petunjuk bahawa ekonomi global masih belum stabil sepenuhnya. Bebanan hutang yang semakin tinggi yang dialami negara – negara ini juga merupakan petanda bahawa ekonomi Kesatuan Eropah tidak akan pulih sepenuhnya dalam masa terdekat dan berkemungkinan mengalami bankrap lebih awal dari jangkaan penganalisis ekonomi.

    Selangor juga mengalami kesan langsung hasil ketidaktentuan ekonomi global yang berlaku sekarang. Kekangan sumber semula jadi (natural resources) di negeri ini mengalihkan ekonomi negeri kepada sektor perkhidmatan sebagai peneraju utama  ekonomi negeri. Menjadi negeri termaju di Malaysia, urusan perdagangan antara Selangor dengan negara – negara ekonomi dunia yang sebelum ini rancak telah sedikit tergendala tempias dari krisis ekonomi global. Peristiwa kegawatan ekonomi global yang dialami pada awal tahun 2009 dan 2010 memberi pengalaman berharga kepada pentadbiran Kerajaan Negeri dalam menghadapi krisis ekonomi yang bakal berlaku. Dengan pelaksanaan inisiatif dan langkah – langkah proaktif seperti penubuhan Jawatankuasa Tindakan Menangani Masalah Pemberhentian Pekerja Selangor, Selangor Retrenchment

    Helpline serta Pasukan Petugas Khas Pemudahcara (PEMUDAH) Selangor berjaya membawa negeri ini keluar dari krisis ekonomi global dan terus memacu pertumbuhan ekonomi negeri dengan cekap dan berjaya. Mengambil kejayaan pengalaman tersebut, Kerajaan Negeri akan sentiasa dalam keadaan siap siaga dan bersedia bagi melaksanakan dasar – dasar serta polisi – polisi yang efektif dan berkesan bagi menghadapi krisis ekonomi global yang bakal melanda kelak.

Lampiran

Tiada Lampiran.