Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

185) KRISIS EKONOMI (KENAIKAN HARGA BARANG)

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Rakyat miskin masih ditekan oleh masalah Krisis Ekonomi dan kenaikan harga barangan dan makanan. Kerajaan Negeri telah pun menghulurkan bantuan terhadap mereka yang malang. Bagaimanakah program-program ini disalurkan dan apakah garis pengukur terhadap keberkesanannya?

    Kerajaan Negeri sentiasa peka dan prihatin tentang masalah krisis ekonomi dan kenaikan harga barang dan makanan. Justeru, melalui Jawatankuasa Tetap Kerajaan Prihatin, Kerajaan Negeri telah memberi bantuan serta mengagihkan bekalan barangan keperluan harian seperti beras, gula, susu serta barangan keperluan harian lain kepada setiap kawasan DUN di negeri Selangor. Memanglah bantuan yang diberi itu hanyalah bantuan berbentuk jangka pendek di mana bantuan tersebut tidak dapat membantu meningkatkan masalah rakyat miskin yang ditekan oleh kenaikan harga barang, namun bantuan tersebut dapat sedikit-sebanyak mengurangkan beban golongan miskin.

Lampiran

Tiada Lampiran.