Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

233) KUALA LUMPUR OUTER RING ROAD (KLORR)

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri telah meneliti perjanjian konsesi KLORR? Apakah terma-terma konsesi tersebut?

    Perjanjian konsesi tersebut hanya dimetrai di antara Kerajaan Persekutuan (Kementerian Kerja Raya) dan syarikat konsesi (EKVE Sdn. Bhd.) tanpa melibatkan Kerajaan Negeri. Oleh demikian, Kerajaan Negeri tidak mempunyai akses bagi mengetahui syarat-syarat yang ditetapkan. Selain daripada itu, Pihak Berkuasa Negeri dengan tegas telah menyatakan pendirian bahawa beberapa syarat perlu dipatuhi oleh Kerajaan Persekutuan dalam pelaksanaan Lebuhraya

    KLORR iaitu :-

    1. Perjanjian yang adil (tidak berat sebelah) iaitu, tidak memihak hanya kepada pemegang konsesi;
    2. Meletakkan kepentingan awam sebagai keutamaan;
    3. Memasukkan ke dalam perjanjian klausa penamatan awal (early termination clause) iaitu sekiranya pemegang konsesi telah mencapai projected profit bagi projek ini lebih awal dari tempoh konsesi tamat, maka perjanjian hendaklah ditamatkan lebih awal setelah permohonan di bawah Seksyen 3 Akta Pengambilan Tanah 1960 dibuat.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.