Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

128) KUALITI AIR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Lembangan sungai manakah yang perlu pemantauan serius terhadap kualiti air akibat pencemaran?

    Semua lembangan sungai diberi perhatian dan pemantauan berkala termasuk aspek kualiti dan kuantiti melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bermula daripada kawasan tadahan di hulu sehingga kawasan muara sungai dan perairan pantai.

Lampiran

Tiada Lampiran.