Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

192) KUALITI AIR KAWASAN INDUSTRI

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah pihak industri menggunakan bekalan air yang sama kualitinya seperti pengguna rakyat biasa?

    Pada ketika ini, sistem pengagihan air di Malaysia termasuk bagi Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah menggunakan sistem bekalan air yang sama bagi pengguna domestik dan Memang sering menjadi topik perbincangan di dalam beberapa forum berkenaan industri air bahawa sistem bekalan air yang sama bagi domestik dan industri patut diubah sebagaimana keadaan di beberapa negara seperti di Hong Kong dan Singapura. Namun demikian, memandangkan industri perkhidmatan air di Selangor khususnya masih dikendalikan secara piece meal menerusi tiga operator rawatan dan satu operator agihan, maka bagi mewujudkan dua sistem agihan itu adalah agak sulit, tambahan pula kos bagi mewujudkan 2 sistem itu adalah tinggi.

     

    Memang telah ada di dalam perancangan Kerajaan Negeri Selangor mengenai mengujudkan dua sistem agihan yang berbeza bagi industri dan pengguna domestik, namun perancangan itu hanya akan diteliti semula selepas penstrukturan semula industri perkhidmatan air dimuktamadkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.