KUALITI AIR TASIK BEKAS LOMBONG
33) KUALITI AIR TASIK BEKAS LOMBONG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah kerajaan mengesahkan bahawa kualiti air yang dipamkan dari beberapa tasik bekas lombong ke dalam Sungai Selangor adalah selamat untuk dirawat oleh LRA?
Kerajaan Negeri sentiasa memastikan air kolam sumber air yang dipam ke Sungai Selangor adalah mematuhi piawaian air mentah KKM untuk dirawat oleh LPA. Proses pemantauan kualiti air dijalankan melalui 3 peringkat, iaitu :
Pemantauan di kolam sumber air oleh LUAS dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS),
- Pemantauan air mentah di sungai dan muka sauk oleh operator loji dan JKNS, dan
- Pemantauan air terawat selepas proses rawatan di loji pembersihan air oleh operator loji dan
Pensampelan dijalankan oleh JKNS dan LUAS serta analisa sampel dijalankan oleh Jabatan Kimia Malaysia (JKM). Berdasarkan analisa pemantauan kualiti air yang dijalankan sepanjang tempoh pengepaman air kolam sumber air ke Sungai Selangor mendapati tiada perlanggaran bagi parameter logam berat di air mentah bagi muka sauk dan air terawat.
