KUALITI BEKALAN AIR

7) KUALITI BEKALAN AIR

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik dan jenis aduan tentang kualiti bekalan air yang diterima daripada pengguna?

      STATISTIK PURATA ADUAN KUALITI BEKALAN AIR 

    DARI TAHUN 2005 HINGGA 2010

     

     
    Tahun 2005 2006 2007 2008 20009 2010 

    (Jan –

    Sep)

    Purata

    Aduan Bagi

    Setiap

    Bulan

     

    211

     

    386

     

    290

     

    252

     

    278

     

    280

    Aduan kualiti air yang paling kerap diterima adalah air berwarna manakala terdapat juga aduan berkenaan air berbau.

    Antara sebab-sebab utama yang telah dikenal pasti menyumbang kepada masalah kualiti air adalah paip air uzur dan berkarat serta perpaipan dan tangki air dalam premis pengguna sendiri yang lama dan berkarat yang mana perlu diganti. Ini merupakan 20.4% daripada jumlah aduan yang diterima.

    Walau bagaimanapun keseluruhan bekalan air yang dibekalkan oleh SYABAS adalah sentiasa dipantau oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan ia disahkan menepati Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.