Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

66) KUALITI JALAN-JALAN RAYA

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimana Kerajaan Negeri memastikan kualiti jalan-jalanraya diselenggara dengan baik?

    1. Melaksanakan Program Kajian Pavemen. Ia adalah satu kaedah saintifik di mana kekuatan, ketahanan dan kerosakan jalan dinilai secara sistematik. Alat yang digunakan adalah seperti Road Scanner (IRS),Falling Weight Deflectometer (FWD), Dynamic Cone Penetrometer (DCP), Ground Penetrating Radar (GPR), kajian lalu lintas dan beban gandar.Kerja-kerja penyelenggaraan jalan akan dibuat berdasarkan senarai keutamaan melalui Program Kajian Pavemen tersebut.
    2. Program latihan komprehensif kepada semua pegawai/kakitangan teknikal JKR/PBT/Pejabat Tanah dan Daerah/JPS yang terlibat secara langsung dengan kerja-kerja penyelenggaraan jalan selama 4 hari di IKRAM mulai Disember 2014 dan diteruskan dalam tahun 2015. Program ini akan diteruskan sehingga semua pegawai/kakitangan Agensi Pelaksana dilatih.Pada tahun 2016, program ini akan turut disertai oleh pihak kontraktor,pihak pembekal dan juga pihak kuari. Program ini adalah bertujuan untuk memberi kemahiran teknikal yang sebenar supaya kualiti pembinaan dapat diperolehi
    3. Melaksanakan kerja selenggaraan jelan negeri secara kontrak berpusat mulai Mac 2015.
    4. Pada akhir tahun 2014, JKR Negeri Selangor telah menerbitkan Garis Panduan Amalan Baik Dalam Kerja Turapan dan Selenggara Jalan dan telah diedarkan kepada semua pegawai JKR di Negeri Selangor sebagai rujukan semasa kerja pengawasan di tapak.
    5. Spesifikasi pembinaan dan membaiki jalan raya sentiasa ditingkatkan. Ibu Pejabat JKR Malaysia sentiasa mengemas kini spesifikasi pembinaan dan selenggaraan jalan yang dilaksanakan oleh kumpulan pakar di Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.