Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

93) KUALITI JALAN RAYA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Selain daripada meningkatkan perbelanjaan penyelenggaraan jalan di bawah peruntukan MARRIS, apakah langkah-langkah yang sedang atau akan di ambil oleh Kerajaan untuk meningkatkan kualiti pembaikan dan penurapan semula jalan raya?

    Langkah-langkah yang sedang atau akan diambil oleh Kerajaan adalah seperti berikut:-

    • Melaksanakan Program Kajian Ia adalah satu kaedah saintifik dimana kekuatan, ketahanan dan kerosakan jalan dinilai secara sistematik. Alat yang digunakan adalah seperti Road Scanner (IRS), Falling Weight Deflectometer (FWD), Dynamic Cone Penetrometer (DCP), Ground Penetrating Radar (GPR), kajian lalu lintas dan beban gandar. Kerja-kerja penyelenggaraan jalan akan dibuat berdasarkan senarai keutamaan melalui Program Kajian Pavemen tersebut.

    Program latihan komprehensif kepada semua pegawai/kakitangan teknikal JKR/PBT/Pejabat Tanah dan Daerah/JPS yang terlibat secara langsung dengan kerja-kerja penyelenggaraan jalan selama 4 hari di IKRAM mulai Disember 2014 dan diteruskan dalam Tahun 2015. Program ini akan diteruskan sehingga semua pegawai/kakitangan Agensi Pelaksana dilatih. Pada Tahun 2016, program ini akan turut disertai oleh pihak kontraktor, pihak pembekal dan juga pihak kuari. Program ini adalah bertujuan untuk memberi kemahiran teknikal yang sebenar supaya kualiti pembinaan dapat

Lampiran

Tiada Lampiran.