Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

100) KUALITI JALAN RAYA NEGERI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah kerajaan Negeri menangani masalah kualiti Jalan Raya Negeri Selangor?

    Antara agenda/program yang dilaksanakan bagi menangani kualiti Jalan Raya Negeri Selangor adalah seperti berikut:

    • Melaksanakan Program Kajian Pavemen. Ia adalah satu kaedah saintifik dimana kekuatan, ketahanan dan kerosakan jalan dinilai secara sistematik. Kerja-kerja penyelenggaraan jalan akan dibuat berdasarkan senarai keutamaan melalui Progran Kajian Pavemen tersebut.
    • Melaksanakan kerja – kerja penyenggaraan jalan melalui Kontrak Berpusat dan kerja
    • JKR Negeri Selangor telah menerbitkan Garis Panduan Amalan Baik Dalam Kerja Turapan dan Senggara Jalan dan telah diedarkan kepada semua pegawai JKR di Negeri Selangor sebagai rujukan semasa kerja-kerja pengawasan di
    • Spesifikasi pembinaan dan membaiki jalan raya sentiasa ditingkatkan. Ibu pejabat JKR Malaysia sentiasa mengemaskini spesifikasi pembinaan dan senggaraan jalan yang dilaksanakan oleh kumpulan pakar di Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.