Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

159) KUALITI JALAN RAYA

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Selain daripada meningkatkan perbelanjaan penyelenggaraan jalan di bawah peruntukan MARRIS, apakah langkah-langkah yang sedang atau akan di ambil oleh Kerajaan untuk meningkatkan kualiti pembaikan dan penurapan semula jalan raya?

    Untuk meningkatkan kualiti pembaikan dan penurapan semula jalan raya, pemantauan kualiti kerja-kerja turapan di Negeri Selangor dilakukan berdasarkan kepada Standard Operating Procedure (SOP) Senggara Jalan yang dikeluarkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

    Berdasarkan kepada SOP tersebut, tindakan-tindakan yang akan diambil adalah seperti berikut;

    1. Kerja penampalan sementara untuk potholes akan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam apabila ia dikenalpasti dengan menggunakan bahan turapan ‘Cold Mix’ supaya keselamatan pengguna terjamin. Penampalan kekal akan dilaksanakan dalam tempoh 3 hari dengan menggunakan bahan turapan ‘Hot Mix’.
    2. Rondaan audit sentiasa dilakukan melibatkan JKR Daerah dan konsesi bagi memantau keadaan jalan sebenar di tapak. Kegagalan pihak konsesi melaksanakan kerja pembaikan di tapak akan menyebabkan pihak konsesi dikenakan NCR dan pemotongan ke atas tuntutan bayaran bulanan untuk kerja penyenggaraan jalan dilakukan sebagai penalti
    3. Bagi mengawal aspek kualiti, JKR Selangor mengambil tindakan dengan melaksanakan audit kuari untuk memastikan campuran asphalt yang digunakan adalah mengikut spesifikasi. Kawalan spesifikasi amat penting agar kualiti asphalt yang digunakan dapat menjamin ketahanannya mengikut tempoh yang sepatutnya iaitu 7 tahun bagi kerja senggara jalan sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.