Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

289) KUALITI PERMUKAAN JALAN RAYA

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tahap pelaksanaan saranan JP-PBT berkenaan kualiti jalan raya beberapa tahun yang lalu yang diluluskan di dalam sidang Dewan?

    Berdasarkan kepada saranan JP-PBT berkenaan kualiti jalan raya, JKR Selangor telah mengambil maklum dan melaksanakan perkara-perkara berkaitan klausa 6.5, 6.6, 6.8, 6.11, 6.12 dan 6.14. Selain dari itu, JKR Selangor juga telah menyediakan SOP bagi kerja-kerja penyelenggaraan seperti berikut;

     

    • i) Kerja penampalan sementara akan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam apabila ia dikenalpasti dengan menggunakan bahan turapan ‘Cold Mix’ supaya keselamatan pengguna terjamin. Penampalan kekal akan dilaksanakan dalam tempoh 3 hari dengan menggunakan bahan turapan ‘Hot Mix’.
    • ii) Rondaan audit sentiasa dilakukan melibatkan JKR Daerah dan konsesi bagi memantau keadaan jalan sebenar di tapak. Kegagalan pihak konsesi melaksanakan kerja pembaikan di tapak akan menyebabkan pihak konsesi dikenakan NCR dan pemotongan ke atas tuntutan bayaran bulanan untuk kerja penyenggaraan jalan dilakukan sebagai penalti.
    • iii)       Bagi mengawal aspek kualiti, JKR Selangor mengambil tindakan dengan melaksanakan audit kuari untuk memastikan campuran asphalt yang digunakan adalah mengikut spesifikasi.

Lampiran

Tiada Lampiran.