Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

117) KUARI DAN KILANG HARAM DI BANDAR SUNWAY SEMENYIH

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Terdapat dua buah kuari dan kilang haram yang telah dibina berhampiran dengan kawasan perumahan di Bandar Sunway Semenyih yang mengancam kesihatan dan persekitaran penduduk setempat. Apakah langkah yang diambil oleh PBT untuk memantau operasi kilang dan kuari ini ?

    i. ODerasi Kuari
    Oua buah kuari yang terletak berhampiran dengan kawasan perumahan di
    bandar Sunway Semenyih adalah Semenyih Quarry Sdn Bhd. di atas HS(O)
    42829 dan Hanson Quarry Product Sdn Bhd di atas HS(O)28649 dan HS(O)
    28652. Semenyih Quarry telah beroperasi semenjak 9 Oktober 1997 manakala
    Hanson Quarry telah beroperasisemenjak4 Februari 1994.
    Kedua-dua kuari ini beroperasi dengan kelulusan Kerajaan Negeri dan
    dikeluarkan Permit 4c oleh Pejabat Oaerah/tanah Hulu Langat. Kelulusan
    mengeluarkan bahan batuan (batu kuari) ini dibuat oleh Kerajaan Negeri setelah
    mengambil kira ulasan dan pandangan dari agensi teknikal yang berkenaan
    seperti Jabatan Mineral dan Geosains SelangorlWilayah Persekutuan, Jabatan
    Alam Sekitar dan Majlis PerbandaranKajang. Operasi kedua-dua kuari ini juga
    dipantau secara berterusanoleh JMG,JAS,POHLdan MPKj.
    ii. ODerasi Kilana
    Kilang-kilang yang terletak berdekatan dengan kawasan perumahan merupakan
    kilang yang dibina diatas tanah industri. Kilang-kilang ini telah mendapat
    kebenaran merancang dari MPKj tetapi Pelan Bangunan belum diluluskan
    kerana anjakan bangunan tidak mencukupi.
    Oidalam beberapa siri perbincangan sebelum ini yang dipengerusikan oleh
    bekas EXeO Perumahan dan Kerajaan tempatan, telah diputuskan untuk dibina
    tembok dibelakan kilang bersempadan dengan kawasan perumahan.
    Walaubagaimanapun, bantahan dari penduduk menyebabkan pembinaannya
    terhenti separuhjalan.

Lampiran

Tiada Lampiran.