KUAT KUASA AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)
16) KUAT KUASA AKTA PENGURUSAN STRATA 2013 (AKTA 757)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) akan berkuat kuasa di Negeri Selangor?
Seksyen 1(3) Akta 757 memperuntukan dengan jelas Akta ini hendaklah mula berkuatkuasa di setiap Negeri pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Pihak berkuasa Negeri.
Selaras dengan peruntukan itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), YB Datuk Abdul Rahman Dahlan, telah mengadakan kunjungan hormat pada 23 Oktober 2014 dengan Kerajaan Negeri Selangor iaitu Y.A.B Tuan Mohamed Azmin Ali, Dato’ Menteri Besar Negeri Selangor bagi membincangkan struktur, pelaksanaan dan bidang kuasa pengurusan strata di Negeri Selangor dan seterusnya mendapatkan persetujuan berkenaan penubuhan Tribunal Pengurusan Strata (TPS).
Tertakluk kepada sebarang perubahan, pihak-pihak bersetuju untuk menetapkan tarikh permulaan penguatkuasaan Akta 757 bermula pada 1 Januari 2015.
