Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

4) KUBUR BUKAN ISLAM

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan kubur-kubur di Negeri Selangor untuk masyarakat bukan Islam yang masih mempunyai kapasiti.

    Secara keseluruhannya, negeri Selangor mempunyai 117 buah tapak kubur selain Islam. Jumlah ini termasuk tapak kubur bersepadu yang menempatkan pelbagai agama di dalam satu lot / bidang tanah. Tapak kubur selain Islam terletak di bawah bidang kuasa setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Walau bagaimanapun, terdapat juga tapak kubur yang disediakan dan diselenggara oleh pihak swasta dan persatuan-persatuan keagamaan yang berkaitan.

    Secara kesimpulannya, tapak-tapak rumah ibadat selain Islam pada masa ini mencukupi dan boleh menampung penggunaan sehingga 30-50 tahun akan datang. Kerajaan Negeri Selangor akan memastikan keperluan tapak kubur selain Islam sentiasa mencukupi berdasarkan keperluan semasa. Berikut adalah senarai kubur-kubur selain Islam, bilangan atau peratusan petak yang masih kosong dan unjuran kapasiti kubur seperti di Jadual 1.

Lampiran

Tiada Lampiran.