Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

265) KUBUR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan kapasiti tanah perkuburan Islam dan Bukan Islam yang ada di setiap PBT?

    Kapasiti tanah perkuburan Islam dan bukan Islam di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Selangor secara keseluruhan adalah seluas 4,463 ekar. Ianya merangkumi perkuburan Islam seluas 1,913 ekar, Jirat Cina seluas 1,015.032 ekar, kubur Hindu seluas 164 ekar, Kubur Kristian seluas 137 ekar dan termasuk juga cadangan kubur

     

    Maklumat ini diperolehi daripada Laporan Inventori Tanah Perkuburan di Negeri Selangor pada 2010 yang dibekalkan oleh pihak Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor (JPBD). Keterangan lanjut adalah seperti yang terdapat di Jadual 1.

     

    PBT MBSA MBPJ MPK MPAJ MPSJ MPS MPKJ MPSP MDHS MDKL MDKS MDSB JUMLAH (EKAR)
    PERKUBURAN KELUASAN (EKAR)
    ISLAM 90.08 65.4 307.897 34.76 44.476 116.25 214.9 136.64 234.5 329.11 165.869 173.67 1913.552
    JIRAT CINA 172 20 94.318 36.734 7.627 159.79 116.83 51.85 194.26 91.087 59.045 11.491 1015.032
    HINDU 6.51 9 21.816 3.845 2.45 7.03 29.556 11.24 8.81 16.6832 40.669 7.016 164.6252
    KRISTIAN 17.9 5 4.197 92.98 16.51 0.74 137.327
    LAIN-LAIN 148.01 5 7.575 438.62 215.9 815.105
    PERKUBURAN BERSEPADU 217.96 51.797 110.36 13.1 25 418.217
    JUMLAH 652.46 104.4 435.803 75.339 106.35 376.05 816.416 310.09 667.31 436.8802 265.583 217.177 4463.8582

     

    Jadual 1 : Kapasiti tanah perkubura

Lampiran

Tiada Lampiran.