Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

249) KUMPULAN DARUL EHSAN BERHAD (KDEB)

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerja-kerja pembersihan yang dilakukan oleh pihak KDEB banyak menggunakan tenaga pekerja asing. Apakah langkah atau usaha oleh pihak Kerajaan Negeri untuk lebih mengutamakan pekerja tempatan supaya dapat memberi peluang pekerjaan kepada mereka?

    1. Untuk makluman YB Batang Kali, KDEBWM dan juga pihak sub-kontraktor di sentiasa mengalu-alukan pembabitan warga tempatan yang berminat untuk berkhidmat di dalam sektor pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Walaubagaimanapun, realitinya permohanan warga tempatan untuk bekerja di dalam industri 3D – Difficult, Dangerous, Dirty ini adalah amat rendah. Kesukaran kerja dengan imbuhan yang relatifnya rendah tidak begitu menarik minat warga tempatan untuk memohon kerja di dalam industri ini.

     

    Berdasarkan rekod, terdapat beberapa sub-kontraktor KDEBWM yang menggunakan tenaga kerja warga tempatan khususnya dari kalangan orang asli dan juga bangsa-bangsa lain. Walaubagaimanapun pemerhatian yang dibuat mendapati kebanyakan daripada sub-kontraktor yang menggunakan tenaga kerja warga tempatan menghadapi masalah high attrition rate atau kadar pekerja berhenti yang tinggi kerana kebanyakkan daripada mereka tidak dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya untuk berkhidmat bermula seawal pagi dalam keadaan berpanas dan berhujan selain bau yang kurang menyenangkan. Mereka juga perlu bekerja 365 hari setahun kerana perkhidmatan KDEBWM adalah pada setiap hari termasuk cuti hujung minggu dan cuti am. KDEBWM dan juga semua sub-kontraktor yang dilantik sentiasa mengamalkan dasar terbuka dan mengalu-alukan sekiranya terdapat warga tempatan yang berminat untuk bekerja khususnya sebagai krew kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam. Warga tempatan yang berminat boleh memohon secara terus kepada mana-mana sub-kontraktor KDEBWM.

Lampiran

Tiada Lampiran.