Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

132) KUMPULAN HARTANAH SELANGOR BERHAD (KHSB)

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan struktur, pasukan pengurusan dan lembaga pengarah kumpulan serta anak syarikatnya di bawah kepimpinan kerajaan negeri yang baharu?

    Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) masih mengekalkan lembaga pengarah yang sedia ada, manakala di peringkat pengurusan, rombakan telah dilakukan di mana saiz kumpulan pengurusan di peringkat Kumpulan (KHSB) telah di kecilkan, sejajar dengan pelaksanaan pelan penstrukturan semula KHSB pada awal tahun 2015.

Lampiran

Tiada Lampiran.