Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

124) KUMPULAN HARTANAH SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan lokasi, keluasan dan nilai hartanah di bawah kumpulan ini mengikut daerah?

    Jawapan a) & b) seperti di lampiran A.

    KUMPULAN HARTANAH SELANGOR

     

    1. Senaraikan lokasi, keluasan dan nilai hartanah di bawah Kumpulan ini mengikut daerah
    2. Apakah perancangan kasar untuk pembangunan tanah-tanah tersebut di masa

     

    JAWAPAN:

     

     

    Kumpulan Hartanah Selangor Berhad – Senarai Hartanah Pada 31 Mei 2014
     

    No.

     

    Lokasi

     

    Pemilik Benefisiari

    Keluasan

    (Ekar)

     

    Status Semasa

    Nilai Buku Bersih

    (RM’000)

     

    Rancangan Kegunaan Hartanah

    1 Mukim Petaling, Seksyen 14, Petaling Jaya Kumpulan Hartanah Selangor Berhad 9.66 Belum dibangunkan (Komersil) 76,918 Cadangan pembangunan bercampur yang merangkumi pembinaan “Menara Ikonik, M.I.C.E., Parkir Saku, Masjid

    dan Unit Kediaman”

    2 Berjuntai Bestari, Daerah Kuala Selangor Kumpulan Hartanah Selangor Berhad 4,975.89 Belum dibangunkan (Pertanian) 40,254 Bakal diambil alih oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk tujuan HORAS.
    3 Mukim Kuala Kalumpang, Daerah Hulu Selangor Kumpulan Hartanah Selangor Berhad 191.00 Belum dibangunkan (Bangunan) 24,714 Cadangan pembangunan bercampur yang merangkumi pembinaan unit-unit komersil & rumah kediaman.
    4 Dengkil Plot C, Sepang Kumpulan Hartanah Selangor Berhad 9.55 Projek usaha sama (Komersil) 838 Cadangan pembangunan yang melibatkan pembinaan unit- unit komersil telah dilaksanakan oleh rakan usaha sama, Temasek Sehati Sdn. Bhd. dan baki bayaran dijangka

    diterima sepenuhnya pada akhir tahun ini.

    5 Bestari Jaya, Kuala Selangor Kumpulan Hartanah Selangor Berhad 285.20 Tanah dijual kepada PKPS (Pertanian) 2,016 Tanah ini sudah dijual kepada PKPS dan baki bayaran dijangka diterima pada pertengahan bulan Jun 2014.
    6 Northport, Klang Kumpulan Hartanah Selangor Berhad 2.60 72 unit Kedai Pejabat 4 Tingkat 27,113 Pihak syarikat di dalam proses memuktamadkan perjanjian jual beli secara pukal unit-unit komersil ini dengan pihak pembeli. Bayaran sepenuhnya dijangka

    diterima pada awal tahun depan.

    JUMLAH 5,461.64 171,853

     

Lampiran

Tiada Lampiran.