Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

185) KUMPULAN SEMESTA SDN BHD (KSSB)

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah semua perjanjian di antara KSSB dan kontraktor sedia diakses oleh orang awam?

    Surat tawaran kontrak/perjanjian di antara KSSB dan kontraktor-kontraktor lantikan KSSB buat pada masa ini tidak boleh diakses oleh orang awam. Terdapat terma-terma yang merupakan maklumat terpilih (privilege information) di antara KSSB dan kontraktor.

    Namun, sekiranya maklumat berkenaan diperlukan oleh pihak berkuasa, ianya boleh diperolehi secara terus dari KSSB.

Lampiran

Tiada Lampiran.