Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

133) KUMPULAN SEMESTA SDN BHD (KSSB)

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan objektif penubuhan dan sumbangan KSSB?

    KSSB di tubuh untuk menguruskan aktiviti pengekstrakan dan pengkomersilan bahan batuan, mineral dan sumber alam secara berhemah dan lestari. Ianya adalah dengan tujuan untuk meningkatkan hasil kerajaan negeri dari aktiviti- aktiviti ini serta mengurangkan ketirisan yang berlaku sebelum

    Sumbangan KSSB secara langsung adalah bayaran dalam bentuk cukai korporat kepada Kerajaan Persekutuan serta zakat perniagaan dan royalti pasir kepada Kerajaan Negeri. KSSB juga turut memberikan sumbangan kepada Kerajaan Negeri untuk program-program di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.