Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

92) KUMPULAN SEMESTA SENDIRIAN BERHAD (KSSB)

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kumpulan Semesta Sendirian Berhad (KSSB) telah menyumbangkan lebih RM500 juta kepada Kerajaan Selangor sejak penubuhannya. Sila berikan maklumat terperinci tentang prestasi kewangannya dan prospek serta masa depan KSSB dalam bidang perlombongan pasir dan mineral-mineral yang lain.

    Prestasi kewangan KSSB adalah seperti berikut:-

    Butiran (RM’Juta) Beraudit Tidak Beraudit
    2014 2015 2016 2017 2018 Jan – Sept 2019
    Perolehan 117.96 114.69 82.79 128.08 102.05 72.93
    Keuntungan operasi sebelum sumbangan kepada Kerajaan Negeri, cukai dan zakat 30.92 25.86 3.81 2.65 6.64 19.98

     

    Pasaran jualan bagi bahan batuan secara keseluruhannya dijangka bertambah baik berdasarkan perkembangan positif di dalam industri pembangunan dan pembinaan.

    Untuk kekal berdaya saing dan memperkukuhkan pegangan pasaran, KSSB turut fokus memperbanyak jualan terus kepada pengguna akhir dan penembusan pasaran luar. KSSB turut memperluas penawaran pelbagai produk dari sumber mineral lain termasuk tanah liat, kuari, granit dan tanah merah selain menawarkan perkhidmatan professional berkaitan perlombongan seperti penyediaan skim, Environmental Management Reports (EMR), Environmental Impact Assessment (EIA), Environmental Management Plan (EMP) dan lain-lain dengan menginovasikan kepakaran dalaman sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.