Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

155) KUNCI AIR DI DAERAH KLANG

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Daerah Klang sering kali mengalami banjir kilat akibat hujan lebat. Adakah kerajaan akan berhasrat untuk menambah/naik taraf pintu kunci air supaya air dapat mengalir keluar dari darat ke sungai untuk mengelakkan banjir?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah melaksanakan projek-projek menaiktaraf pintu air serta pemasangan pam berkapasiti tinggi di sebahagian besar pintu-pintu air di Daerah Klang.

    Pintu air dinaiktaraf bagi tujuan mengawal dan mengelakkan air pasang tinggi masuk ke kawasan perumahan penduduk bagi mengatasi masalah banjir kilat dan ketika musim tengkujuh. Manakala pemasangan pam berkapasiti tinggi yang akan beroperasi bagi mempercepatkan aliran air yang tinggi dari sistem perparitan ke sungai yang akan membantu mengatasi kejadian banjir kilat di daerah Klang.

    Senarai projek menaiktaraf dan penggantian pintu air adalah seperti berikut:-

    Projek Status Kawasan Terlibat
    Flap Gate Sg Rasah Di Taman Rashna Telah siap Taman Rashna
    Pump Gate System Yatch Club di Pelabuhan Klang Telah siap Lembaga Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Klang
    Telok Gadong Telah siap Kg Delek Kanan & Kiri
    Jalan Papan Tarikh siap 24.12.2019 Pandamaran
    Sg Keramat Tarikh siap 11.01.2020 Kg Sementa
    Pandamaran Tarikh siap 20.05.2020 Sentosa dan Bandar Puteri

     

    Senarai projek tebatan banjir dengan skop pemasangan pam berkapasiti tinggi  berhampiran pintu air adalah seperti berikut:-

    Projek Status Kawasan Terlibat
    Sg Daun Telah siap Kg Sementa
    Pelabuhan Klang Telah siap Jalan Kem
    Sg Kapar Kecil Tarikh siap 16.06.2020 Pekan Meru, Aman Perdana, Sementa
    Tasik Ladam Tarikh siap 29.11.2019 Kawasan Perindustrian Sg Rasau
    Kg Jawa Tarikh siap 03.03.2020 Kg Jawa, Kg Pandan
    Taman Melawis Dijangka dilaksanakan pada 2020 Taman Melawis

     

    Selain itu, Jabatan ini sentiasa memastikan pintu air sediada berada dalam keadaan baik dan pam-pam bergerak sediaada dibekalkan ke semua pintu air di daerah Klang agar berfungsi secara optimum untuk menghadapi musim banjir.

Lampiran

Tiada Lampiran.