KUOTA BUMIPUTERA PERUMAHAN DI NEGERI SELANGOR
19) KUOTA BUMIPUTERA PERUMAHAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah perumahan di bawah kuota bumiputera yang masih belum dapat dijual? Sila senaraikan mengikut DUN.
Untuk makluman Yang Berhormat, pada masa ini, Kerajaan Negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) tidak mempunyai data yang komprehensif mengenai jumlah perumahan di bawah kuota Bumiputera yang masih belum dijual. Namun begitu, Kerajaan Negeri telah bersetuju supaya menubuhkan satu Task Force yang dipengerusikan oleh Exco Perumahan Dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor bagi menyelaraskan data hartanah harga bebas yang tidak terjual (overhang units) mengikut jenis, harga jualan serta kuota Bumiputera di Negeri Selangor.
