Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

52) KUOTA BUMIPUTRA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila butirkan setiap permohonan daripada pemaju perumahan untuk pelepasan kuota bumiputera. Sila beri nama projek, peratus kuota bumiputera untuk projek tersebut, bilangan rumah yang dipohon untuk perlepasan dan bilangan yang diluluskan.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah menerima 10 permohonan daripada pemaju perumahan untuk pelepasan kuota Bumiputera bagi hartanah perumahan di sepanjang tahun 2016. Sebanyak 324 (21%) unit rumah kuota Bumiputera dilepaskan daripada 535 (35%) unit rumah yang dipohon untuk pelepasan. Perincian setiap permohonan adalah seperti di Lampiran 1 di Jadual 1.

    Lampiran 1

    Jadual 1 : Perincian Permohonan dan Kelulusan Pelepasan Kuota Bumiputera Bagi Hartanah Perumahan Sepanjang Tahun 2016.

    Bil Nama Projek Jumlah Unit Keseluruhan Kuota Jualan Bumiputera (MMKN) Jumlah Unit Dipohon Pelepasan Jumlah Unit Mendapat Kelulusan
    1. D’ Alpinia, Puchong 116 58 (50%) 6 (5%) 6 (5%)
    2. Pangsapuri Kos Sederhana Taman Kinrara 480 240 (50%) 140 (29%) 140 (29%)
    3. Seterra, Briswood Sdn Bhd 54 22 (40%) 14 (26%) 14 (26%)
    4. 16 Sierra Kondomium, Sepang 526 263 (50%) 258 (49%) 129 (25%)
    5. Bandar Rimbayu 110 33 (30%) 18 (16%) 14 (13%)
    6. Kinrara Kingsgate 38 17 (45%) 10 (26%) 3 (8%)
    7. Akira @ 16 Sierra 122 61 (50%) 59 (48%) 59 (48%)
    8. Taman Warisan, Kuala Selangor 9 5 (50%) 5 (50%) 1 (11%)
    9. Taman Warisan, Kuala Selangor 24 14 (60%) 10 (42%) 2 (8%)
    10. Andana Villa @ D’Alpina 30 15 (50%) 15 (50%) 15 (50%)
     

    Jumlah

     

     

    1,509

     

    728 (48%)

     

    535 (35%)

     

    324 (21%)

     

Lampiran

Tiada Lampiran.