Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

84) KUOTA JUALAN BUMIPUTERA

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah piawaian dalam penetapan kuota jualan bumiputera bagi setiap jenis projek pembangunan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, setiap pembangunan perumahan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri telah diperuntukkan kuota jualan Bumiputera, ianya bagi memastikan dan sebagai jaminan oleh Kerajaan Negeri kepada kaum Bumiputera dapat memiliki hartanah Bumiputera bagi sesuatu projek yang bakal dibangunkan. Kuota jualan Bumiputera yang dikenakan kepada pemaju adalah di antara 30 peratus hingga 70 peratus berdasarkan garis panduan sedia ada dan kelulusan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Lampiran

Tiada Lampiran.