KUOTA JUALAN DAN HARGA DISKAUN RUMAH
26) KUOTA JUALAN DAN HARGA DISKAUN RUMAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Ada cadangan pemimpin Pakatan agar kuota 30 peratus jualan dan harga diskaun bagi Bumiputra dihapuskan. Apakah pendirian kerajaan negeri terhadap cadangan tersebut?
- Untuk makluman Y.B, pada masa kini, kerajaan negeri tidak bercadang untuk menghapuskan 30 peratus kuota jualan malah masih mengekalkan dan memastikan bahawa kadar peruntukkan kuota Bumiputera sekurang- kurangnya berada pada kadar minimum 30 peratus bagi setiap pembangunan hartanah yang dijalankan. Ianya bagi memastikan setiap lapisan masyarakat di negeri Selangor mampu memiliki kediaman yang selesa untuk diduduki selaras dengan visi Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan. Kerajaan negeri juga masih mengekalkan diskaun kepada pembeli Bumiputera terhadap hartanah- hartanah yang dibeli. Diskaun yang diberikan kepada pembeli Bumiputera adalah sebanyak 7 peratus bagi hartanah jenis rumah dan 10 peratus bagi hartanah jenis komersial dan industri. Diskaun ini diberikan bertujuan menggalakkan lagi pembeli- pembeli Bumiputera untuk membeli seterusnya memiliki hartanah- hartanah yang berpotensi dan secara tidak langsung dapat menambah serta meningkatkan pemilikan hartanah Bumiputera khususnya di dalam industri
Sehubungan dengan itu, sebarang cadangan pemansuhan kuota 30 peratus dan diskaun Bumiputera dalam pemilikan hartanah Bumiputera adalah tidak benar.
