Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

72) KUOTA RUMAH SELANGORKU BAGI SETIAP DUN

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bolehkah diberi keutamaan rumah Selangorku di kuotakan pada setiap DUN dimana projek perumahan itu dibina didalam kawasan DUN masing-masing?

    Untuk makluman  Yang  Berhormat,  kuota  pembangunan  rumah  Selangorku  dibina adalah berdasarkan kepada keluasan pembangunan dan ianya mengikut zon / kawasan pembangunan. Peruntukan kuota Rumah Selangorku dikenakan bagi pembangunan yang berkeluasan melebihi 2 ekar di Zon 1 manakala di Zon 2 melebihi 5 ekar. Oleh itu, sekiranya terdapat cadangan pembangunan perumahan adalah menjadi keutamaan pihak Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor untuk memastikan kuota / pembangunan Rumah Selangorku ada dan dibina mengikut jadual yang telah ditetapkan. Berikut merupakan syarat/ kuota pembangunan mengikut zon pembangunan berdasarkan Pekeliling Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor (Rumah Selangorku) Bilangan 1 Tahun 2013 yang berkuatkuasa pemakaiannya bermula pada 1 Januari 2014.

    • Kawasan pembangunan perumahan mengikut ZON 1 terletak dalam kawasan Lembah Klang yang meliputi kawasan berikut :
    Bil. Daerah Mukim / Kawasan
    1. Petaling Keseluruhan Daerah Petaling
    2. Gombak Mukim Batu dan Hulu Kelang
    3. Klang Mukim Klang
    Bil. Daerah Mukim / Kawasan
    4. Hulu Langat Mukim Cheras, Kajang, Ampang dan

    Semenyih

    5. Sepang Kawasan Cyberjaya

     

    • Kawasan pembangunan perumahan mengikut ZON 2 terletak dalam kawasan Lembah Klang, berpotensi pembangunan dan juga kawasan ‘sub-urban’ seperti berikut :
    Bil. Daerah Mukim / Kawasan
    1. Gombak Mukim Setapak dan Rawang.
    2. Hulu Langat Mukim Hulu Langat, Beranang dan Hulu

    Semenyih.

    3. Klang Mukim Kapar
    4. Sepang Keseluruhan    Daerah    Sepang    kecuali

    Cyberjaya.

    5. Kuala Langat Keseluruhan Daerah Kuala Langat
    6. Kuala Selangor Mukim   Ijok,    Kuala    Selangor,    Jeram,

    Batang    Berjuntai    (Bestari    Jaya)   dan Hujung Permatang

     

    • Kawasan pembangunan perumahan ZON 3 terletak di kawasan luar bandar yang meliputi kawasan seperti berikut :
    Bil. Daerah Mukim / Kawasan
    1. Kuala Selangor Mukim Pasangan, Tanjung Karang dan

    Hulu Tinggi

    2. Hulu Selangor Keseluruhan Daerah Hulu Selangor
    3. Sabak Bernam Keseluruhan Daerah Sabak Bernam

     

    • Bagi memastikan pembinaan RUMAH SELANGORKU diseimbangkan mengikut kesediaan tanah di dalam zon-zon pembangunan, peratusan penyediaan rumah adalah berdasarkan kepada keluasan tanah seperti berikut :
    Zon   Pembangunan Perumahan Keluasan Pembangunan Keseluruhan Projek (ekar)

    / Keperluan Penyediaan RUMAH SELANGORKU

    2 – 5

    ekar

    5 – 10

    ekar

    10 – 20

    ekar

    20 – 50

    ekar

    50 ekar ke Atas
    ZON 1 *20% 30% 40% 50% 50%
    ZON 2 20% 40% 40% 50%
    ZON 3 40% 40% 50%

    * Hanya tertakluk bagi kawasan di bawah Pentadbiran Majlis Bandaraya  Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

    Pengiraan % adalah berdasarkan kepada keseluruhan unit rumah yang  dibina dalam sesuatu projek.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.