Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

118) KUOTA UNIT BUMIPUTRA TIDAK TERJUAL

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan dengan terperinci mengikut daerah berhubung jumlah unit hartanah kuota bumiputera bagi jenis kediaman kos rendah, sederhana dan tinggi yang tidak terjual melebihi tempoh satu tahun dari tahun pelancaran bagi tahun 2008 dan 2009

    Berdasarkan Laporan Status Pasaran Harta Tanah : Harta Tanah Siap Dibina Tidak
    Terjual Bagi Suku Tahun Kedua Tahun 2009 yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat
    Harta Tanah Negara (NAPIC), hanya memperuntukkan maklumat mengikut pecahan
    jenis kediaman iaitu kos rendah, kos sederhana dan kos tinggi manakala data mengikut
    pecahan kuota tidak di kumpul oleh NAPIC. Kerajaan negeri juga tidak mempunyai
    pangkalan data yang mengandungi maklumat spesifik mengenai jumlah hartanah
    mengikut kuota yang tidak terjual kerana data yang terkumpul hanyalah berasaskan
    kepada permohonan pengurangan dan pelepasan kuota jualan bumiputera yang
    dikemukakan oleh pemaju. Data yang ada di Lembaga Perumahan dan Hartanah
    Selangor (LPHS) adalah seperti di Jadual 1 :
    Jadual 1 : Permohonan Pelepasan/ Pengurangan Unit-Unit Kediaman Kuota Bumiputera
    Mengikut Pecahan Daerah dan Tahun.
    Tahun 2008
    Petaling Hulu Langat Klang Gombak
    K.R K.S K.T K.R K.S K.T K.R K.S K.T K.R K.S K.T
    Jumlah
    Unit
    – – 135 – – 212 – – 8 – – 78 433
    Tahun 2009 (Januari hingga Jun)
    Petaling Hulu Langat Kuala Selangor Gombak
    K.R K.S K.T K.R K.S K.T K.R K.S K.T K.R K.S K.T
    Jumlah
    Unit
    – – 225 – – 9 – – 12 – – 8 254
    Petunjuk : K.R = Rumah Kos Rendah K.S = Rumah Kos Sederhana K.T = Rumah Kos Tinggi
    Merujuk kepada Jadual 1, LPHS hanya menerima permohonan pelepasan/
    pengurangan unit- unit kuota Bumiputera bagi rumah jenis kos tinggi yang mana harga
    jualannya dalam lingkungan RM200,000.00 hingga RM 2 juta seunit. Jumlah unit
    keseluruhan yang terlibat bagi kedua-dua tahun tersebut adalah sebanyak 687 unit.
    Daerah Petaling mencatatkan jumlah tertinggi dengan 360 unit diikuti daerah Hulu
    Langat sebanyak 221 unit dan permohonan yang paling sedikit adalah di daerah Klang
    dan Gombak dengan masing- masing mencatatkan 8 unit. Manakala tiada sebarang
    permohonan pelepasan/ pengurangan kuota Bumiputera diterima dari daerah Sabak
    Bernam, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Sepang. Ketiadaan permohonan dari
    daerah-daerah tersebut menggambarkan bahawa tiada masalah dihadapi berhubung
    jualan unit-unit Bumiputera terutamanya di kawasan luar Lembah Klang.

Lampiran

Tiada Lampiran.