Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

257) KUOTA UNIT PERUMAHAN UNTUK BUMIPUTERA

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah permohonan oleh pemaju dan kelulusan untuk melepaskan unit kuota bumiputera yang tidak terjual?

    Untuk makluman  Yang  Berhormat,  sepanjang  bulan  Januari  2016  hingga  15 Oktober 2016, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah menerima 13 permohonan daripada pemaju perumahan yang melibatkan 573 unit untuk pelepasan kuota Bumiputera. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 339 (59%) unit rumah kuota Bumiputera telah diluluskan pelepasan. Perincian setiap permohonan adalah seperti di Lampiran 1 di Jadual

Lampiran

Tiada Lampiran.