KUPON AIR DI PANGSAPURI KOS RENDAH
11) KUPON AIR DI PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Meminta kerajaan memberi penerangan tentang pelaksanaan kupon air untuk pangsapuri kos rendah Sri Tanjung di USJ16?
Mekanisme pelaksanaan pemberian kupon air bagi Pangsapuri Sri Tanjung adalah seperti berikut:
- Badan Pengurusan Bersama (JMB) membuat bacaan bil meter air mengikut kegunaan setiap petak (rumah) bagi bulan semasa.
- JMB mengeluarkan bil air dan kupon kepada semua rumah. Tuntutan rebet kupon adalah berdasarkan penggunaan air sebenar bagi setiap rumah pada had maksimum RM11.40.
- Pembeli akan mengemukakan kupon beserta bayaran baki bil air bulan semasa (sekiranya bil air melebihi RM11.40) kepada JMB selewat-lewatnya pada 20 haribulan bagi bulan semasa.
- JMB mengemukakan kupon-kupon air yang dituntut pembeli beserta bayaran baki bil air meter pukal setelah ditolak jumlah tuntutan bil air yang mendapat rebet kupon.
- SYABAS membuat tuntutan rebet kupon kepada Kerajaan Negeri.
