Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

6) KURSUS TESL UNISEL

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kursus TESL Unisel masih diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan?

    Program Teaching of English as a Second Language (TESL) di Unisel di peringkat Diploma dan Sarjana Muda Pendidikan (Hons) TESL masih diiktiraf oleh kerajaan persekutuan oleh kerana ianya masih mendapat perakuan akreditasi dari MQA (sila lihat Lampiran 23 Mac 2015 dari MQA Yang mengekalkan perakuan akreditasi). Kedua-dua program ini merupakan program yang digemari oleh pelajar selain dari Pendidikan    Awal   Kanak- kanak.

Lampiran

Tiada Lampiran.