Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

107) KUTIPAN CUKAI PINTU

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Selangor terpaksa menanggung tunggakan cukai pintu lebih RM1 bilion apabila kebanyakan syarikat, pemilik bangunan dan persatuan liat menunaikan tanggungjawab itu sejak lima tahun lepas. Berapa lamakah tempoh yang diberikan bagi pihak terbabit membereskan bayaran yang tertunggak?

    Selepas empat belas ( 14 ) hari tarikh akhir bayaran setiap penggal iaitu pada 28
    Februari atau 31 Ogos setiap tahun, Pihak Berkuasa Tempatan akan mengeluarkan
    Notis supaya membayar tunggakan kadar( Borang E ) dan pemilik harta diberi tempoh
    lima belas ( 15 ) hari untuk menjelaskan tunggakan tersebut.
    Jika pemilik harta masih gagal menjelaskan tunggakan cukai taksiran dalam masa 15
    hari, Borang F,G dan H akan diproses dan diserahkan kepada pemilik. Pemilik diberi
    tempoh 7 hari untuk menjelaskan tunggakan cukai taksiran. Jika tidak tindakan sita
    akan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.