Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

277) Kutipan Cukai Tanah Dan Premium

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan hasil Kerajaan Negeri bagi hasil tanah dan premium mengikut daerah bagi tahun 2019 dan terkini tahun 2020?

    Hasil Kerajaan Negeri bagi kutipan cukai tanah dan premium mengikut daerah bagi tahun 2019 adalah seperti berikut :

    (Sumber : Laporan Hasil SPEKS pada 31 Disember 2019)

    Daripada keseluruhan hasil tahun 2019 yang berjumlah RM2,320.17 juta, cukai tanah menyumbang sebanyak 24.31 peratus dan premium tanah menyumbang sebanyak 43.96 peratus.

    Manakala, hasil Kerajaan Negeri bagi cukai tanah dan premium mengikut daerah sehingga 16 Oktober 2020 adalah seperti berikut :

    (Sumber : Laporan Hasil iSPEKS pada 16 Oktober 2020)

    Daripada keseluruhan hasil sehingga 16 Oktober 2020 yang berjumlah RM1,949.09 juta, cukai tanah menyumbang sebanyak 26.56 peratus dan premium tanah menyumbang sebanyak 47.43 peratus.

Lampiran

Tiada Lampiran.