Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

173) KUTIPAN DERMA TIDAK SAH OLEH PENCERAMAH

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan pentadbir agama negeri dan daerah ke atas penceramah yang mengutip derma secara tidak sah di masjid dan surau?

    Menurut Seksyen 106 (1) Pungutan Khairat Tanpa Kebenaran, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, tiada seorang pun boleh membuat atau mengambil bahagian dalam apa-apa pungutan wang bagi apa-apa maksud bagi menyokong dan memajukan agama Islam dan bagi faedah orang-orang Islam kecuali dengan kebenaran nyata daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duannya sekali.

    Tindakan Penguatkuasaan akan diambil jika terdapat aduan seseorang membuat kutipan khairat dengan dakwaan bagi memajukan agama Islam dan faedah orang-orang Islam tanpa kebenaran MAIS sama ada di masjid atau surau atau dimana-mana lokasi yang tidak dibenarkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.