Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

269) KUTIPAN HASIL NEGERI BAGI TAHUN 2019 HINGGA MAC 2020

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejak 2019 hingga Mac 2020, berapakah jumlah pendapatan Kerajaan Negeri hasil kutipan cukai tanah, cukai taksiran dan denda/kompaun yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan?

    Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri sehingga 30 Jun 2020 merekodkan angka sebanyak RM2,832.28 Juta yang terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan sebanyak RM929.08 Juta manakala Akaun Amanah Disatukan pula adalah sebanyak RM1,903.20 Juta.

    Prestasi Kewangan Kerajaan Negeri sehingga 30 Jun 2020 adalah masih stabil dengan merekodkan kutipan hasil sebanyak RM1,527.61 Juta. Angka ini adalah 69.44 peratus daripada RM2,200.00 Juta yang telah disasarkan dalam belanjawan 2020. Manakala jumlah perbelanjaan mengurus dan pembangunan pula telah mencecah RM948.22 Juta atau bersamaan dengan 40.64 peratus daripada RM2,333.00 Juta yang telah dibelanjawankan. Kerajaan Negeri masih merekodkan lebihan sebanyak RM579.39 Juta sehingga 30 Jun 2020.

    Tidak dinafikan, Pandemik Covid-19 akan memberi kesan kepada Kedudukan dan Prestasi Kewangan Kerajaan Negeri pada tahun ini. Namun begitu, amalan perbelanjaan berhemah Kerajaan Negeri berupaya menangani kesan ini tanpa mengabaikan peranan Kerajaan Negeri dalam membantu rakyat Selangor yang menghadapi kesukaran dalam menghadapi situasi yang mencabar ini.

    Mengambilkira kedudukan dan prestasi kewangan Kerajaan Negeri serta kesan pandemik Covid-19 yang dihadapi ketika ini,  defisit tahunan yang dirangka dalam Belanjawan 2020 iaitu sebanyak RM133 juta akan dapat dipertahankan.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.